YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Saturday, March 27, 2010

MASIH ADA LAGI

Assalamualaikum....

Pagi ini, berasa terpanggil untuk menulis. Semalam, hari yang banyak memberi pengajaran. Hari ini, aku perlu mulakan langkah dengan penuh keyakinan. Sedih rupanya apabila terpaksa meninggalkan kenangan. Hiba rupanya apabila kandas dalam percaturan. Pilu rupanya, apabila ternyata gagal mengawal haluan. Kesimpulannya, aku telah tewas dengan perasaan. Kecewa dengan keadaan. Akhirnya tersunggur rebah, tidak mampu melawan. Itu lemahnya aku. Satu pengajaran, dalam usia yang masih muda. Terima kasih Ya Rahim, Ya Rahman.

Aku bukan emosional. Cuma tergelincir daripada pertimbangan. Seperti mana lazimnya, tiada ruang yang sudi memahami bicara. Itu kata bisikan syaitan. Bagaimana boleh jadi tiada? Aku ada Dia. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Cepat-cepatlah beristighfar... Pesanan kepada hati sendiri.

Biarlah. Aku mengalah. Cerita dahulu, aku mahu nokhtahkan di sini. Rasa cukup berbangga apabila dapat mengenali dunia menerusinya, bahagia tatkala hidup dikongsi bersama. Tapi lebih bahagia, andai suratan mengatakan inilah pengakhirannya walaupun masih terlalu sayang.


Pasti ada hikmahnya, salam.

No comments:

Post a Comment