Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Lega. Beberapa kali mencuba, akhirnya berjaya. Sebenarnya, lebih 3 hari lepas aku berusaha untuk mengakses blog ini. Namun, gagal. Puncanya kerana terlupa email sendiri. Aku cuai. Hanya tertukar angka, jadi semuanya ralat. Aku hilang idea bagaimana boleh sampai terlupa. Ralat. Aku ralat.
Aku membuat satu keputusan penting hari ini. Ingin menarik kembali matlamat yang tertinggal supaya berada di hadapan. Aku yakin, tapi tetap memerlukan kekuatan. Buat masa ini, aku kekurangan bantuan. Perlu bergerak dalam senyap. Seksa benar kurasakan, bukan diriku yang suka bersikap diam. Ironinya, itulah tindakan terbaik.
Jangan menoleh ke belakang. Aku mahu menjadi mahasiswa. Agak sakit sebenarnya, tapi aku percaya luka itu akan pulih.
25 Mac 2010 di Pantai Tok Jembal
No comments:
Post a Comment