Tadi sebenarnya ada banyak idea untuk menulis. Sekarang sudah kering. Ketandusan. Gersang. Fikiran berkeping-keping. Banyak pecahan, tidak tahu yang mana terkandung tujuan. Aku sedikit serabut hari ini. Bukan sebab ada masalah. Cuma, berasa serabut.
Terkenangkan SMAASZA. Satu cerita, menyembunyikan seribu satu rahsia. Dan bermulalah perjalanan hidup. Hanya dengan kata-kata, dengan tindakan, dengan lirikan, aku seperti dipukau. Setiap kali melalui jalan itu, tidak pernah walau sekali aku melepaskan pandangan. Selalu memandang, kerana di situlah terciptanya kenangan. Hari ini, aku yakin bahawa aku amat rindukan SMAASZA.
Pilihan arwah abah tidak salah, pujukan bonda tepat. Aturan Tuhan, aku akur akan takdirnya. Kita manusia sering sahaja terleka. Kadang-kadang terlalu menjulang kebahagiaan dunia sehingga alpa kehidupan abadi di sana. Apakah yang mahu dikejar? Nikmat di syurga? Atau azab di neraka? Aku masih lagi sedang mencuci hati.
Seorang teman bertanya kepadaku pada hari ini. Tentang sesuatu. Soalnya, ke manakah hala tuju? Impian? Awalnya aku kelu. Sukar untuk berunding dengan masa. Itu jawapanku. Aku redha dengan takdir Tuhan. Semoga perjalanan hidupku dipermudah Tuhan, amin....

No comments:
Post a Comment