YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Sunday, March 28, 2010

MENCARI BAYANG-BAYANG

Assalamualaikum.


Walaupun semalam hujan lebat, tengah hari ini panas terik. Kukira matahari membalas dendam. Cuaca sekarang tidak menentu. Hujan dan panas silih berganti. Manusia berasa pelik tapi itulah hikmah Tuhan.

Hampir sebulan tidak pulang. Pada aku, ini satu pencapaian yang hebat. Aku perlu berada di sini. Dulu, universiti inilah pilihan yang terakhir. Yang tidak pernah tersenarai dalam fikiran. Tapi setelah memikirkan kehendak orang, tiba-tiba berubah sebagai pilihan utama. Sekarang, tempat ini banyak memberi erti. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, tapi tanpa sedar aku sendiri telah menzahirkan rasanya.

Cuaca waktu ini, tiba-tiba berubah mendung. Redup dan tenang sahaja suasana. Bayang-bayang hilang serta merta. Semakin pudar. Luntur. Terus tiada tatkala hujan ada.

Hujan telah turun. Bijak orang-orang dahulu berbicara. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Basah bumi. Rezeki datang lagi. Alhamdulillah.

Perkataan ini secara spontan melintas di fikiran. Susah untuk mencari erti bagi perkataan ini. Mula-mula aku sangkakan, erti perkataan ini tiada makna. Tiada makna? Aku keliru, padahal sering sahaja dipakai di mana-mana. Mungkin aku silap. Bukan mencari erti perkataan yang tiada makna, tetapi mencari erti perkataan yang banyak makna. Aku berharap dapat memahami dengan sepenuh jiwa ragaku. Itulah cinta. Ada kegirangan, ada kesepian. Ada hujan dan ada panas. Kepada yang pasrah, kata mereka cinta itu tiada makna. Namun kepada yang selalu ikhlas dan redha, mereka berpendapat erti cinta itu sebenarnya banyak makna.



Cebisan sajak Aminah Qutb:
"Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya"


Renungan bersama:

اللهم حبب عبدك هذا إلا عبادك المؤمنين


"Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini menyintai
orang yang beriman
dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku"


(Riwayat Muslim)



bukan perjalanan yang terakhir


No comments:

Post a Comment