YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Friday, April 2, 2010

SEBELUM TERLENA~

Assalamualaikum...

Mengantuk. Sangat mengantuk sebenarnya. Mahu lelap, namun tetap ingin menulis sesuatu sebelum lena.

Sangat rindukan keluarga. Aku tidak pernah tidak pulang dalam tempoh yang lama seperti sekarang. Rasa seperti tersesat dalam perjalanan pulang. Dan tiap-tiap lena termimpkan perihal yang sama. Tentang bonda. Tentang Abah. Tentang adik-adik. Tentang kakak-kakak. Tentang dia. Mereka ialah insan-insan yang selalu dekat dalam hatiku.

Sebelum tidur, muhasabahlah diri. Kita manusia, tidak pernah sempurna. Cari kelemahan dan tampung dengan kekuatan. Maafkanlah semua orang.... Bacalah doa. Minta perlindungan daripada ALLAH, semoga selamat dan sejahtera di bawah rahmatNya.

Maafkanlah diriku, selamat malam.

Salam.

No comments:

Post a Comment