Semalam, berpeluang ke Darul Syifa'. Tempatnya indah. Suasananya tenang. Lebih tenang tatkala memerhatikan muslimin dan muslimat di dalam Darul Syifa'. Subhanallah, aku juga mahu begitu.
Pesan Ustaz Faizal, selalulah dekatkan diri kepada Allah. Aktifkan diri dengan amalan-amalan sunat. Jangan terleka, kelak merana. Aku cepat menangkap maksudnya. Pernah sahaja terjadi. Insan yang lemah, perlu dikuatkan dengan pertahanan luar dan dalam. Tiada yang lebih berkuasa, selain ALLAH. Al-Quran adalah penawar, dan bertawakallah kepada ALLAH.
"Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.."
Surah al-Isra' ayat 82
Kita kena sentiasa beringat. Hidup ini singkat. Tidak kekal. Akhirat tetap selamanya. Kejarlah cinta Ilahi, lautan kasih-sayangNya tidak bertepi.
Salam.
No comments:
Post a Comment