Aku kira tamat sudah kisah-kisah lelaki. Namun rupa-rupanya, ada lagi kisah yang bersambung. Ada beberapa teman memohon maaf terhadap diriku. Betul, aku tidak pernah menyangka dan terlintas di akal akan jadi begini. Aku bukan bertujuan untuk benar-benar merujuk entry sebelum ini kepada mereka. Semuanya kebetulan.
Dalam tempoh itu, aku banyak diam dan tidak memberi reaksi. Mood masih mati untuk kembali ceria dan bercerita dengan teman-teman lelaki. Lebih-lebih lagi, tengah hari tadi berlakunya satu kejadian panas lantas membuatkan aku bertambah mual dengan telatah-telatah lelaki yang tidak menghormati perempuan. Perempuan itu aku, kerana tutur kata-katanya sangat keras dan sampai ke saat ini aku tidak tahu~ Apakah salahku? Aku hanya berjalan tanpa kata menuju ke dewan peperiksaan dan tidak semena-mena dia berkata begitu. Wahai teman lelaki, apa salahku? Riak wajahnya dan ketawanya membuktikan dia tidak rasa bersalah untuk berkata-kata seperti itu. Baginya, tidak ada apa-apa. Paling tidak, ucapan maaf. Keadaan semakin rumit, kerana aku, seorang perempuan yang sangat cepat emosi. Aku marah, kerana itu hak aku, untuk memakai jaket jeans biru, bukan berlagak diva kelas satu! Itu kisah tentang aku, kisah-kisah perempuan.
Aku masih ingat, suatu ketika dahulu aku bertindak menarik diri daripada satu pertandingan hanya kerana lelaki. Aku menurut kata-kata bonda, tunduk pada rasa hati, dan patuh pada petunjuk minal Rabbi. Biarlah, aku rela menarik diri, daripada memperjudi nasib sendiri yang aku sendiri tidak tahu apakah yang bakal menanti. Aku bukan tidak percaya kepada lelaki, aku tahu mereka adalah orang-orang yang baik budi pekerti, tapi aku cuma mahu lebihkan sikap berhati-hati. Sekadar pandangan, aku lebih bersetuju jika pegawai pengiring perempuan digandingkan dengan peserta perempuan. Paling tidak pun, jika terlalu sulit, izinkanlah membawa seorang teman. Alangkah baiknya, jika kita masing-masing bertindak untuk memelihara kebajikan siswa-siswi dan pada masa yang sama tetap menjaga kepentingan universiti. Cubalah untuk memahami mengapa tuntutan itu sebenarnya perlu diberi perhatian. Kisah perempuan, selalunya akan sediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti sudah terhantuk, baru mahu tergadah. Tiada nokhtah, untuk satu penyesalan.
Berita hari ini, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berani ponteng sekolah semata-mata untuk dating bersama teman lelakinya. Akibatnya, dirinya keseorangan ditinggalkan oleh sang kekasih di tepi jalan, dan dibawa pulang oleh seorang pengawal keselamatan yang terjumpa si gadis malang. Tinggalkan keluarga tanpa perkhabaran, hampir seminggu berjauhan. Hidup bagaikan pelarian tiada tujuan, mujur masih diberi rahmat oleh Tuhan. Si ibu menangis teresak-esak mengenangkan anak gadis yang tidak pulang-pulang. Begitulah, kisah naif seorang perempuan. Masih kecil, tapi nekad mengikut rentak hati yang belum cukup matang dalam membuat pertimbangan.
Dalam cerita semasa pula, kisah-kisah perempuan sering mendapat perhatian. Terbaru, KTM Komuter telah memperkenalkan gerabak khas untuk wanita. Ini satu langkah yang cukup baik sebagai perlindungan kepada wanita dengan jaminan keselamatan daripada risiko gangguan seksual. Suatu waktu dahulu ketika di tingkatan menengah rendah, penggunaan tangga bagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki diasingkan. Rindu saat itu, apabila aku merasakan peribadi sangat erat terjaga. Kelas pun tidak bercampur jantina sejak dari tingkatan dua. Dan ketika di tingkatan tiga, apabila berada di kelas Mumtaz, suasana jadi sunyi apabila lelaki dan perempuan digandingkan dalam satu bilik darjah. Terlalu sunyi, sehingga kalau pen terjatuh pun, jelas kedengaran bunyinya memecahkan sepi. Kisah perempuan, mudah berasa malu. Wanita, emosinya kerap menguasai kalbu!
Di penghujung kalam, niat ini selalu aku sematkan di hati. Aku mahu menjadi seorang perempuan yang baik. Isteri yang solehah. Ibu yang mithali. Al-Haura' Maqsurah! Bidadari syurga yang terpelihara, Maha Suci Allah. Amin.
Kepada lelaki-lelaki, maafkanlah perempuan-perempuan yang sering saja terlanjur emosi ini. Kepada perempuan-perempuan, hormatilah lelaki-lelaki sebagai amirmu. Besar hikmah Tuhan, makhluk-makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Lelaki dan perempuan. Suami dan Isteri. Hamba yang soleh dan solehah. Kisah-kisah lelaki dan kisah-kisah perempuan tidak akan terhenti, selagi kita tidak mahu syukur sebagai khalifah muka bumi!
Salam.
salam k.ain.. tanak tulis kat shout box nnt kata promote diri lak.. hik3..
ReplyDeletedulu anis sek kat sek pommpuan. tusyen pom satu kelas budak pompuan jer.. bes sgt..! tapi skang da tak leh nak prived cam tu. walau ada yg kata laki pndgr terbaik tapi anis rasa pompuan lagi bgs. kita lebih phm sesama kite.takkan nak citer sume hal kat laki kan? ok la. syg k.ain.wallhu'alam
Salam...
ReplyDeleteXpe2. Its ok. Hehe...
Aar, private tu iyela. Best... He2.
Memang ada yg ckp lelaki pendengar yg baik. Akak pun slalu je mcm tu... Hu2. Tapi betul ckp anis, bukan sume hal yang kita perlu tanya lelaki. Kwn perempuan is the best. Selesa menangis dan ketawa di bahu mereka... Really miss da time.. Huuu~ Jenis akak, akak suke bercerita tentang masalah tertentu je n tgk gak la sape laki tu. Ade gak kwn2 lelaki yg akak still percaya dan bercerita ngan dorank. Hehehe....
Ok anis, take care urself =)Be hepi, smile always k (^_^)