YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Monday, April 26, 2010

KISAH-KISAH LELAKI

Assalamualaikum...

25 APRIL 2010

Suka dan duka fitrah hidup manusia. Bersabarlah dengan dugaan, kuatkanlah hati dengan iman. Hari ini hati seperti disiat-siat. Mungkin ini perkara remeh. Namun, jangan disangka tindakan kecil itu tidak memberi apa-apa kesan di jiwa.

Kekesalan ini merujuk kepada dua orang lelaki. Yang aku anggap sahabat, yang aku anggap teman. Mereka adalah teman lelakiku, tapi bukan teman sehidup sematiku! Kepada lelaki di luar sana, hormati wanita yang bergelar sahabat anda. Bukan mahukan anda menyayangi diri wanita-wanita ini seperti kekasih anda, atau ibu anda atau saudara anda. Cuma, hormatilah mereka yang juga punya rasa. Tidak perlu pun pujian setinggi gunung, apatah lagi dambaan kasih sehebat tsunami. Memadai sekadar hormat.

Aku berasa kecewa kerana aku sebenarnya sangat-sangat menghormati mereka berdua, tapi mereka? Jujurnya, aku berasa marah. Semoga mereka menyedari, aku mahu terus menghormati dan tidak mahu makan hati. Maaf, aku juga ada kelemahan.

26 APRIL 2006

Sekadar ingin berkongsi, 26 APRIL hari yang mengimbau sejarah pertama bermula. Sukar dan payah, tapi itulah suratan. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan. Aku mahu hari ini kekal istimewa, pada tahun-tahun mendatang. InsyaALLAH.

-Selamat Hari Lahir-
Salam.

No comments:

Post a Comment