Assalamualaikum...
Hari ini hari yang penuh dengan harapan. Satu pengharapan yang aku kira cukup bermakna. Banyak harapan ditabur pada hari ini. Banyak juga senyuman indah terukir. Tahniah buat Rogayah Ghozi, Irma Shukri Khodori, Mohd Faiz Razali dan Mohd Nadzley Abdul Karim. Semoga jiwa kalian sentiasa penuh dengan semangat dan keazaman. "DEBAT PISZA, kami datang!" Sungguh, ketetapan daripadaNya sangat cantik dan sempurna. Alhamdulillah...
Hari ini juga hari yang istimewa. Satu pemberian yang aku kira cukup bermakna. Berasa diriku begitu dihargai olehnya. Hal seperti hari ini jarang-jarang berlaku dalam hidup. Aku terharu. Terima kasih atas pemberian itu, aku dapat melihat betapa ikhlasnya hatimu. Saat-saat itu, sudah pasti akan selalu membuatkan aku ditaut rindu. Dia orang pertama, yang menegur dan bertanyakan namaku. Dia orang yang pertama, yang sentiasa menghulurkan salam apabila pandangannya bertembung dengan mataku. Dia orang yang pertama, yang memberikan hadiah seumpama itu, sebuah hadiah berupa 'barang emas'. Dirinya ibarat mutiara, cukup membuatkan aku terpesona dari jauh. Terima kasih.
Terima kasih daun keladi =)
Tiba-tiba teringat Aisya. Si kecil semakin membesar dengan sihat, kuat, gagah dan perkasa. Sempat ber'facebook' sekejap dengan Abang Ngah tengah hari tadi. Berkali-kali Abang Ngah dan Kak Ti mengajak aku ke sana. InsyaAllah Abang Ngah, Kak Ti. Mencecah sebulan umurnya, Aisya sudah semakin tembam. Rindunya~ Walaupun aku dan dia tidak pernah berjumpa dan bersua. Padunya kuasa cinta, lalu kerinduan itu membuatkan aku jatuh bertimpa-timpa.
Ibu Aisya cakap, Aisya suka minum susu =)
Cukuplah agaknya. Aku sudah ketandusan idea. Harapan pada hari ini, akan kekal menjadi pegangan agar kejayaan dapat dikecap pada hari esok. Istimewanya hari ini, sudah tentu akan kekal sebagai satu memori yang manis dalam ingatan. Kerinduan yang bertimpa-timpa pada hari ini, aku yakin akan terubat selepas dapat mendakap Aisya. Aku setia menanti hari-hari yang mendatang. Aku akan tetap setia, walau semakin berganjak usia. Aku sentiasa sedia setia, andai jasadku masih berpijak di dunia.
"Dont be reckless"
-dia tetap berpesan tentang perkara yang sama-
Salam.
No comments:
Post a Comment