Tiada lagu yang mampu ku dendangkan, tiada untaian kata yang mampu ku lafazkan, hanya ada tulisan buruk ini yang mampu ku coretkan.
Selamat Hari Lahir Ke-22
Teristimewa buat Nurul Jannah binti Mat Rahim
Semoga berbahagia sokmo ye =)
Dia seorang kakak yang lemah-lembut. Selalu kalah denganku jika berlawan kata. Tapi dia selalu juga menang jika mendapat bantuan bonda. Namun, hati lembutnya dikawal lebah berbisa. Sekali dia mahu berperang, alamatnya terjun ke sungailah aku.
Dia sangat pandai memujuk. Aku masih ingat pada suatu ketika dia cuba memujuk aku yang sedang ditawan rajuk. Waktu sudah maghrib. Aku lucu terkenangkah kisah seekor ular sawa yang makan manusia pada waktu senja.Dia memang tahu kelemahan ku yang satu itu. Dan kisah tersebut akhirnya berjaya membuat aku terpedaya. Dia tersenyum bangga, apabila aku terjengket-jengket keluar dari bawah tangga.
Dia kakakku yang prihatin. Sangat mengambil berat akan masalah-masalah yang timbul. Dia akan mendengar segala luahan dengan teliti. Setiap anggukkannya akan membuatkan semua orang berasa lega usai bercerita. Matanya berkedip-kedip seolah-olah memahami, persis abah wajahnya, saling tak berganti.
Tapi kalau 'part' ni, aku memang kalah. Dia rajin. Aku? Rajin juga, namun begitu, dia lebih rajin. Baguslah, satu kombinasi yang cukup baik antara kakak dan adik. Aku hanya akan membantu apabila diperlukan sahaja, terutama dalam tugas-tugas khas seperti pergi ke kedai untuk membeli santan. Dia tidak banyak merungut tapi mudah mengadu, terutama tentang aku.
Pada waktu ini, aku tersenyum sendiri. Ditemani kesejukan di library, diganggu ketukan-ketukan besi yang sedang membantu bangunan berdiri, dan di kala otak sedang berserabut memikirkan final exam pagi tadi. Kisah kakakku, membuatkan aku tidak kering gusi.
Manisnya berkeluarga, seronoknya bergurau-senda, maafkan segala silap bicara dan terkasar bahasa, semoga dirimu sentiasa berbahagia, tidak kiralah di mana-mana pun berada, ku berdoa agar kebahagiaan itu kekal di dunia mahupun di akhirat sana. Amin.
HEPI BESDAY TO NURUL JANNAH~
Salam.
heee~ this blog and the music...makes me feel want to fly always..its remind me everything..well, it is a good job., well hepi bezday to ur lovely sis!..
ReplyDeleteHAPPY birthdaY~~ nurul jannah bte mat rahim! wish best of luck to u! and ain take care ur sis always yaa...! :D
OK =) Thanks a lot
ReplyDelete