YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Wednesday, August 4, 2010

TINGGAL KENANGAN

Assalamualaikum...

Tersentak. Matanya terpaku. Hatinya sayu. Dia terkedu. Wajah mereka sama, tapi sayang tidak serupa. Aku tahu jiwanya tiba-tiba retak seribu, kenangan ibarat kaca, berkecai di atas batu. Dia lantas diselubung rindu. Aku yang sedang memerhatikan juga, sebenarnya rasa begitu. Setiap kali bertemu, dia tidak dapat ku dakap, tangannya tidak dapat ku cium, dia hanya tersenyum.

Segalanya tinggal kenangan. Aku kadang-kadang terlilau-lilau mencari kelibatnya. Kadang-kadang terjaga dari lena terkenangkan dirinya. Kadang-kadang berasa namaku dipanggil olehnya dari jauh. Tempat yang sangat jauh. Perasaan yang kadang-kadang itu, mengembalikan ingatan, tentang cerita yang tinggal kenangan.

Aku masih ingat, senyumannya yang bercahaya, matanya yang cuba buatku mengerti isi hatinya, kuih putu yang tidak dapat ku lupa keenakan rasanya, dan kata-kata terakhir, yang akan ku pegang hingga hujung nyawa. Ain, belajar molek. Abah pergi dulu. Kali pertama dia datang, dan kali terakhir, persinggahan yang tidak akan berulang.

Ain sayang abah. Sayu menanti Ramadhan. Aku pohon diberikan kesempatan kedua. Ya Allah, peliharalah abahku di sana. Moga bertemu di syurga.

-tinggal kenangan, dirinya selalu ku perhatikan di celah pintu, walau dia tiada di situ-

La Tahzan, kata orang: "Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan. Tapi aku katakan: "Senyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit". Sabarlah menghadapi hari-hari yang sukar kerana semua kesukaran itu pasti ada akhirnya. Kesabaran hanyalah milik orang-orang yang mempunyai kedudukan mulia. Jangan gusar, jangan sedih, pastinya dia gembira di sana.

Salam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum NA,

    Jangan bersedih.Redhalah apa yang telah berlaku.Saya juga tidak sangka akan terjadi begini.Anda seorang wanita yang tabah.Moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Thanks to Abdul Muiz. Kita juga bakal ke sana. Terima kasih atas nasihat dan doa. Semoga anda juga sentiasa berada dalam limpah rahmahNya, InsyaAllah. Salam Ramadhan.

    ReplyDelete