YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Wednesday, November 3, 2010

BICARA MENTARI, PELANGI DAN AWAN KEPADA KITA..

Assalamualaikum..

Ketika ini, aku sedang tersenyum. Mengapa? Jawapannya ada pada kamu. Hari ini, aku lebih banyak membisu. Mungkin kerana suasana rumahku syurgaku sunyi tidak seriuh dulu. Benarlah, walaupun tiada seorang, seisi alam syurgaku seolah-olah membatu. Merajuk, menyimpan rindu. Aku selalu sahaja menjerit, bonda aku rindu padamu.

Oh ya, mengapa aku tersenyum? Kerana kata-kata ini:

"Lewatnya mentari ingin muncul di pinggul langit"

Aku tersenyum. Ada seseorang yang sedang menunggu. Dia juga mungkin sedang rindu. Rasa rindu padaku.

Senyumku bertambah mekar. Ada balasan yang berbunyi:

"Selepas pelangi mewarnai luasan langit, akhirnya awan semakin terbuka luas mengalukan kehadiran sang mentari mewarnai langit itu.."

Halusnya bahasa jiwa kalian. Kan mudah, andai kalian melafazkan:

"Teman, aku rindu padamu.."

Ok. Mungkin teman kamu akan demam seminggu. Terharu barangkali. Sakit angau. Apa kamu sangka kata-kata itu hanya khas untuk kekasih hati? Apa kamu fikir ayat itu membuatkan dirimu sendiri berasa geli? Apakah untuk menyatakan rindu kepada teman itu, satu rasa yang perlu kita sembunyikan dari hati? Aku bilang, TIDAK.

Sebab itu statusku malam ini diluahkan begini:

"Saya berasa seronok sekiranya dapat menyenangkan hati semua orang di sekeliling saya... Kalian, terima kasih"

Aku juga sedang bermadah. Untuk melahirkan rasa rindu, sayang, dan cinta. Aku dan kamu, duhai temanku ibarat irama dan lagu, menari-nari di tanganku. Esok hasil nukilan tangan itu, akan meresap ke dalam tubuhmu. Kenangan, walaupun tak banyak.. tetapi amat bermakna.

Semoga kalian menyenangi diriku. Teman, aku rindu padamu, kerana aku sayang padamu. Kan rindu dan sayang itu tanda cinta?


-Petang tadi ke pantai. Oh.. Adikku mungkin sedang terbayangkan bonda-


Semoga bertemu.

Salam.

No comments:

Post a Comment