YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Friday, November 5, 2010

MENCARI MEMORI

Assalamualaikum..

Ah. Terlalu sekejap. Masa memang pantas berlari. Sampai kadang aku sendiri tidak sempat untuk mengejar mimpi. Sudahnya, aku makin jauh terkebelakang. Tidak lama lagi, semester tiga akan bertemu dengan penghujungnya. Dan, tinggal dua minggu sahaja lagi untuk final exam. Aku buntu lebih waktu. Walau aku tahu permintaan itu sia-sia, aku masih lagi berfikir begitu.

Kali pertama menghabiskan sisa-sisa study week di rumah merupakan satu hal yang sukar. Masakan tidak, sejak tingkatan empat aku memang sudah terbiasa study di asrama tatkala mahu menempuh peperiksaan akhir. Kali ini cabarannya cukup besar, kerana aku gemar menghabiskan waktu di rumahku syurgaku dengan melakukan hal-hal lain, belajar jauh sekali!

Baiklah, aku akan cuba mengubah pemikiran kerikil ini. Cik Ain boleh, yakni aku boleh. PASTI!

Oh ya, aku juga sebenarnya tidak sabar-sabar untuk bertemu kembali dengan penghujung tahun ini. Ada upacara ritual, di perkampungan diraja. Aku sangat teruja. Doakan aku, moga mendapat perkenan sang putera!


-Di pantai lagi, tempat mengungkap rasa-

-Adeh, ada satu kejadian tika ini-

-Kami penyeri-


Aku suka kata-kata ini:

"Sedetik bersama, seabad berasa indahnya"
-Terima kasih-


We cannot always do great things in life, but we can do small things with great love.

Salam.

No comments:

Post a Comment