Lewat malam begini, resah mengundang padah. Aku akhirnya tidak lena tidur. Banyak hal yang belum selesai. Tapi, satu hal pun aku tidak cuba untuk selesaikan. Minda jadi lesu.
Hati perit menanggung derita. Padanlah aku menerima rasa sengsaranya. Janji, kini sia-sia. Itu satu kisah. Antara banyak kisah yang belum selesai. Semoga segala urusanku dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
Cukuplah. Jangan lagi berdukacita. Kita sama-sama kembali ke sisi-Nya. Kita ini, insan yang terlalu alpa. Terima kasih kerana sudi hadir ke dalam hidupku. Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim!
"Cinta kalau bahasanya hati,
Itulah cinta hakiki,
Kasih jika dasarnya Rabbi,
Itulah kasih sejati,
Cinta ini pasti diuji,
kerana itu sudah tradisi janji!"
-Jendela Hati 1993-
"Manusia akan bercinta lagi di syurga-
tempat pertama yang melahirkan cinta.
Ketika itulah, fitrah menjadi anugerah"
-Semoga aku bertemu dengan cintaku di syurga, Amin-
Aiskrim retro-
Salam.
ain...miss u alot <3 <3 ^_~
ReplyDelete