Fuh. Mengantuk. Sangat-sangat mengantuk. Tapi, mahu lagi menulis. Hehe. Alhamdulillah, final exam sudah berakhir 2hb petang. Yahoo... Sangat seronok dan bahagia. Lagi bahagia sebab dapat menikmati coconut shake NR pada malamnya. Sedap!
Oh, catatan ini bukan seperti cacatan biasa. Sengaja aku selitkan gambar-gambar sepanjang tahun 2010 ini sebagai kenangan. Indahnya kenangan, jangan ditinggalkan. Walaupun sekejap, tapi cukup bermakna. Tahun 2010 sudah sedia menyusur pergi, 2011 pula sedang menanti. Semester 4, bakal aku tempuhi. Moga aku, kuat menghadapi badainya. InsyaAllah.
Tatkala menatap wajah teman-teman yang ceria, aku juga turut tersenyum sama. Senyuman mereka mengheret senyuman aku. Adeh, penatnya malam ni, asyik sengih sorang-sorang. Hehehe.
Sungguh, senyumanmu teman, penawar duka bagiku. Terima kasih yang tidak terhingga!
DEBAT ALAM SEKITAR 2010, UMT
DEBAT PISZA 2010, UiTM DUNGUN
Aktiviti sepanjang Tahun 2010:
1. DEBAT PISZA
2. DEBAT ALAM SEKITAR
3. UniSZA TOP HOST
4. DEBAT PNC UniSZA
Seronok. Walaupun sedikit, tapi cukup bernilai pengalaman-pengalaman itu. Sekurang-kurangnya aku pernah menghargai peluang. Sekali lagi, terima kasih semua!
Salam.
No comments:
Post a Comment