Semalam, aku main kejar-kejar dengan bayang-bayang. Lepas tu, makan seorang-seorang dek kelaparan. Menangis kesepian. Dan seorang teman mengajak aku menari-nari dengan sang hujan. Kemudian, kami mengharung air seluas padang bola sepak. Seronok, walau hati sebenarnya sedang bersedih!
Payah. Perit. Sakit. Namun aku tahu ada hikmahnya. Aku membuat keputusan tanpa berbincang. Keputusan itu, sebenarnya bukan mudah. Kerana aku pasti, hati tetap akan sengsara. Tetap, hati terhiris dan berasa pedihnya. Tetap, aku akhirnya yang akan terluka.
Opah, pakcik dan makcik sudah selamat sampai ke tanah air. Alhamdulillah. Aku pula sedang menghitung waktu, menunggu kepulangan bonda tercinta.
Kata dia, "Kenapa tak balik? Opah beli gelang tau, cantik."
Aku suka gelang. Aku mahu balik. Mahu. Semahu-mahunya. Tapi aku, terpaksa tinggal di sini. Mahu pulang, bukan sebab nak tengok gelang pun. Cuma nak jenguk opah. Hatiku bilang, dia sangat rindu. Hatiku dan diriku, sama. 'Aku', usahlah menangis lagi.
Salam.
No comments:
Post a Comment