Manusia 1: Tolong, jangan ikut dia.
Manusia 2: Tak boleh, aku cinta dia.
Manusia 1: Kau telah dipanah cinta. Lantas, kau jadi buta!
Manusia 2: Tidak. Aku tidak buta. Dia boleh bahagiakan aku. Kau tidak tahu apa itu bahagia, kau cemburu!
Dia telah memanahmu. Panahan tepat di hatimu. Tepat dijiwamu. Tapi mujur kamu tidak mati. Cuma kamu menjadi buta. Bukan buta mata, tapi buta hati. Buta minda. Sehingga tindakanmu menyalahi rentak fikiran orang normal. Hidupmu kini, bertelunjukkan tongkat cinta!
Aku sedang bercinta. Dan matlamat cinta itu adalah kahwin. Moga ikatan ini kekal terpelihara. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkanNya. Amin.
Cinta anugerah, rahmah. Daripada Rahim kepada jiwa insani. Cinta, hargailah sepenuh hati berdasarkan petunjuk Rabbi. Jauhilah nafsu yang merajai diri, hingga merosakkan akal memusnahkan silatulrahim.
Kisah yang berlaku antara manusia 1 dan manusia 2 adalah antara beribu-ribu kisah tentang cinta buta. Bila manusia 2 sudah terkena panahan cinta buta, dia jadi lalai dan leka. Ketepikan keluarga, teman-teman, dan orang-orang yang penting dalam hidupnya demi sang pemanah cinta. Kerana dia yakin, si pemberi cinta itu punya kuasa untuk membahagiakan diri sendiri. Itulah bahana, tragedi cinta buta. Menjadi jauh daripada kasih Rahim. Dosa-dosa tak pernah membuat hati manusia menjadi senang!
-Cepat lari!-
Selamatkan diri. Selamatkan hati. Jangan menangis kemudian hari. Apabila ada dua, pilih jawapan yang satu. Sebab itu adanya istikharah. Tanyalah pada Allah. Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihani!
Salam.
mge cintamu adalah cinta yg sejati :)
ReplyDeleteslm...maaf,nk mluAh rse...
ReplyDelete>> lme dlu...istikhArah..ad jwpn yg kujumpA..
dia...hkikAtny...bru sdAr..cNta TuhAn amt
aguNg dr cNta mNsia..lNtas..kptusAnny..
biArku fkus pd ap yg sptutny..&..hAri2
tNpA mksiAt hAti..mtA..sgleny..jeLas
bg ktNaNgan...kteNgAn yg dlu pNah ak iNgkAri,
ktepikAn...
kte akq : "Selamatkan diri. Selamatkan hati. Jangan menangis kemudian hari. Apabila ada dua, pilih jawapan yang satu. Sebab itu adanya istikharah. Tanyalah pada Allah. Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihani!"
>>sy dAh jmpe jwpN tue...tme ksh uNtk
pkOngsiAn ni...mge hdyAh TuhAn jdkn hdup kte
lbih trArAh...amiN!!