YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Sunday, December 26, 2010

AKU SAJA YANG PUNYA HATI

-Ada ramai pencuri hati, jagalah hatimu-


Assalamualaikum...

Aku tiba-tiba bingkas bingkas. Bukan terjaga daripada terlena. Bingkas setelah mengelamun. Cerita yang panjang. Sungguh nostalgia. Katanya, aku punya teman baru. Kereta retro, kini punya 'adik'. Cerita ini hanya aku seorang sahaja yang faham. Aku sahajakah, yang punya hati?

Khayalan, cuba menjadi realiti. Walau sekadar fantasi. Terpaksa sakit, ketika mahu menunaikan mimpi. Aku kadang-kadang penat, untuk berfikir tentang 'jalan yang selamat'. Supaya semuanya, dapat aku miliki. Tamak. Hanya akukah yang punya hati?

Aku hanya mahu kau terima. Seadanya. Lantas, suara mengeluarkan harapan. Setinggi-tingginya. Namun bukan dengan cara yang sopan. Keadaan jadi jengkel. Hatiku suci, cuma lunaknya telah dicemari. Ku mohon kau mengerti. Sekeping hati, hanya akukah yang punya?

Semoga semalam bukan kenangan yang suram.


p/s:

Cerita ini, cerita aku.
Cuma cerita yang wujud aku.
Sebab aku saja yang punya hati.
Pada waktu itu.
Maaf, jika kau tidak mengerti.
Jangan cuba fahami.
Titik terakhir,
Ini titik mati.

Salam.


No comments:

Post a Comment