Aku tidak ikhlas. Aku tidak ikhlas menerima kelemahanku dan aku tidak ikhlas untuk menerima kelebihanmu.
Hakikatnya, aku menyedari semua itu. Dan, orang-orang di sekelilingku juga mesti sudah spontan mengerti. Ini bukan soal cemburu. Ini soal hati.
Kadang-kadang, kita alpa. Sebab itu kita mudah untuk melafazkan kata bahawa manusia tidak sudi. Benarkah manusia tidak sudi? Atau kita yang tidak pernah menyedari ada sebenarnya yang sudi? Atau kita tidak belajar untuk mensyukuri? Atau kita sebenarnya yang tidak sudi untuk menyatukan hati-hati. Lantas, ada manusia yang sengaja menjauhkan diri. Ikhlas, tinggal lagi separuh hati. Benar, jangan bagi hati mati.
Ada dua perkara yang benar-benar membuatkan aku berfikir bahawa pendapatku benar. Pertama, RUANG DAN PELUANG. Dan kedua, KISAH KASIH DEBAT.
Luahan yang pernah aku tulis, dizahirkan dengan kenyataan. Peluang yang pergi itu datang lagi. Kini, aku belajar untuk menghargai peluang itu dengan sebaik-baiknya. Namun, aku terpaksa juga melepaskannya di akhir masa kerana ruang sudah tiada.
Jangan beria-ria untuk menonjolkan kehebatan yang hanya pinjaman itu. Kerana kita tidak hebat. Berdebat dengan ikhlas sepenuh hati. Bukannya separuh ikhlas separuh hebat, demi sanjungan yang diimpi. Buat yang terbaik, bukan terhebat! Pengajaran sudah ada di depan mata. Seperti kata-kataku dahulu, "Yakinlah bintang yang sengaja melimpah-limpahkan sinar itu, akan sirna tatkala jatuhnya sinaran". Namun, bintang itu tetap bintang. Kerana ada banyak kenangan manis yang baik untuk dikenang. Tapi, akhirnya kebencian yang menjadi pilihan kebanyakan orang dek satu kepahitan yang terlalu sukar ditelan. Walaupun banyak orang yang masih lagi berasa sayang, tapi ikhlas itu hanya tinggal separuh hati. Rasa pahit yang tidak ditelan itu, akhirnya telah merosakkan segala kemanisan dalam perhubungan.
Percayalah, bahawa ini semua adalah hikmahNya. Renungkan betapa sayangnya Allah kepada kita. Ada kesenangan di sebalik kesulitan. Ada senyuman di sebalik kesedihan. Ada ganjaran yang menanti di sebalik ujian-ujian. Ikhlaslah sepenuh hati. Sabarlah wahai da'ie. Syurga Allah menanti. Siapakah yang tidak sudi?
Lama tidak pulang ke Desa Sura.
Rindu saat kami bersama-sama.
Melukis dan mewarna.
Jika ikhlasku separuh hati,
pasti lukisan ini tidaklah secantik begini-
Salam.
No comments:
Post a Comment