Kokurikulum Projek Khidmat Masyarakat 2010/2011-
Assalamualaikum...
Mula-mula berasa sangat teruja. Saat bertembung mata dengan mereka, aku tidak dapat ketawa. Mereka yang terlebih teruja. Malah, mereka yang terdahulu ketawa. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Badanku diam seribu bahasa. Mereka lincah, aktif bersuara.
Keadaan sukar dikawal. Habislah, jangan hancur program hari ini. Hatiku berbisik, berdoa agar segala-galanya lancar. Kanak-kanak, ada pelbagai ragam dan tingkahnya. Mereka bertindak, tanpa arahan. Juga, senang dipengaruhi fikiran. Suaraku lantang, cuba menguasai suasana. Kanak-kanak, gerakan mereka sedang mewarnai dunia. Ketika lagu didendang, bibir mereka ringan sahaja mengatur nada mengikut alunan irama.
Pengalaman hari ini, pengalaman pertama sebenarnya. Aku cuba, untuk lebih suka kepada mereka. Ternyata, cubaan itu tidak sia-sia. Indahnya. Betapa indahnya, warna-warna dunia.
Hargailah kanak-kanak. Mereka warna dunia yang menyerikan hidup kita. Aku suka melihat mereka ketawa. Gelisah jika mereka masam mencuka. Sedih, sekiranya mereka menangis hiba. Berasa, hati tidak tenteram tatkala ada duka. Dan, teramat bahagia ketika mereka sama-sama gembira. Terhibur. Terusik.
-Si kembar. Aku teringin, nak dapat anak kembar.
Ish. Berangan. Haha.
InsyaAllah, doa2kan-
-Sporting. Best2-
-Oh. Tahniah Kumpulan Oren.
Kumpulan 1 yang dapat hadiah nombor 1.
Cayalah, group Cik Ain boleh!-
-Selamat Hari Lahir buat Huwaina binti Mohd @ Atam.
-Oh. Tahniah Kumpulan Oren.
Kumpulan 1 yang dapat hadiah nombor 1.
Cayalah, group Cik Ain boleh!-
23 Februari 1989.
Moga Allah merahmatimu selalu-
Aku juga, pernah menjadi warna dunia. Ada kenangan yang kekal terukir. Warna-warna dunia sungguh bermakna.
Salam.
toin...tomey2 gmbo tuh..huu~..tq utk segalenye!!!=)
ReplyDelete