Awal-awalnya, sangat gembira. Terasa ingin setia. Namun, semekar mana pun kasih, akhirnya layu jua. Inilah kisah akhir sebuah perjuangan, Kisah Kasih Debat.
Hari ini, aku akan melangkah dengan hati kuat. Aku bukanlah gagah, dan bukanlah perkasa. Aku sebenarnya pernah longlai, tapi aku sedar kaki ini perlu berdiri. Aku pergi bukan untuk menunjukkan kehebatan, kerana aku tidak hebat. Aku juga yakin, Abang Bob, Husaini dan Dian juga bukan pergi untuk menunjukkan kehebatan sendiri. Kami pergi, kerana mahu melengkapkan kisah ini, Kisah Kasih Debat. Jika kami pergi untuk menunjuk kehebatan, nescaya kehebatan kami itu akan tenggelam, kerana yang mencari hebat itu, tidak sedar, Dialah Yang Maha Hebat. Lantas, apakah nilai kehebatan kita di sisi Yang Maha Hebat itu?
Kita adalah hamba.
Aku kalah dengan angan-angan, tewas dengan kenyataan. Hakikatnya, inilah pengakhiran. Ada perihal indah untuk dikenang, juga cerita pahit untuk ditelan. Kisah kasih, sayang dan cintakan debat berakhir di sini.
Buat team Debat Alam Sekitar kali ini, jangan mudah berputus asa dengan perjuangan. Kita merupakan wakil pendebat UniSza buat kali yang pertama. Sejarah ini, yang pertama dan terakhir buat diriku. Dan pengharapan buat Abang Bob, Husaini, Dian, Afifah dan Rogayah, kamu semua masih punya waktu untuk mengukir tinta sejarah. Buat yang terbaik! Bukan yang terhebat. Sekadar pesanan.
Buat kalian yang turut serta dalam persediaan kali ini, jutaan terima kasih jujur ku tuturkan. Terutamanya Abang Syahmi selaku jurulatih, Anas yang banyak berbakti, Nadzely, Hidayat, Irma, Fikri, Salmi dan Azsikin.
Ketepikan segala sentimen yang ada, yakinlah bintang yang sengaja melimpah-limpahkan sinar itu, akan sirna tatkala jatuhnya sinaran. Hebatnya kuasa Tuhan. Ada hikmah di sebalik keperitan.
Doa-doakan segala-galanya berjalan lancar. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Amin.
PERTANDINGAN
DEBAT ALAM SEKITAR 2010
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
15 HINGGA 19 JULAI 2010
Salam.
mungkin sy tidak atau kurang mengerti..tetapi bg sy mekar kasih debat bukanlah spt mekar indahnya bunga yg pasti akn layu..mekar kasih debat pd sy membawa ke hujung nyawa (insya Allah).. insan yg punya potensi sering kali kalah dgn cabaran kerna mereka alpa tentang sesuatu.. besar potensi yg tertanam dlm dirimu lebih besar batas yg didirikan buatmu..kerna TuhanKu berkata "apakah kamu sangka kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji"...
ReplyDeleteberpegang kpd apa yg kita percayai.. wallahualam..