adakah rasa itu, sama dengan rasamu?-
cekalkah dalam pencarian?-
Assalamualaikum...
Aku terkenangkan memori yang bakal tercipta seminggu lagi. Dua minggu akan datang. Dan minggu terakhir Julai. Sebulan. Aku memikirkan hidupku. Aku akan jadi siapa, dan adakah aku masih ada? Aku mahu kalian semua merasa, inilah rasaku.
Aku bukan diri yang sama. Yang dulu hanya akan tinggal sisa jika tekadku tidak berubah. Jika tekad itu semakin ku tuju, aku memang tidak dapat mengelak waktu. Aku jadi berbeza. Apa yang aku alami, ku pohon agar semuanya mengerti. Rasailah rasaku, supaya jua menjadi rasamu.
Air mata yang mengalir selepas ini pasti bukan lagi modal simpati. Air mata yang jatuh bercucuran hanya mainan emosi untuk membela diri. Air mata itu sia-sia, saat tiada siapa yang mahu peduli. Aku tahu hakikatnya. Tapi aku sekali lagi memohon, rasailah rasaku. Aku tidak mahu lari sebenarnya. Namun, aku terdesak untuk menyelamatkan seketul hati. Setelah aku lari, tanyalah mengapa aku melarikan diri. Kataku, rasailah rasaku.. supaya sama dengan rasamu.
Salam.
No comments:
Post a Comment