Hujan tidak berhenti sejak malam tadi. Seharian. Tanpa rehat. Tetap bertenaga menjatuhkan butir-butir air dari bumi. Awan terlalu sedihkah? Sekejap lebat. Sekejap rintik. Titisan-titisannya kadang halus. Berasa lembut di hujung jari. Kemudian tiba-tiba butiran itu menjadi kasar, kencang. Deras sekali. Pantas aku sembunyikan diri. Terkurung. Sunyi. Dan begitulah keadaannya dari semalam. Ah, aku benar-benar takut pada air rupanya!
Di kebanyakan tempat, paras air semakin tinggi. Laluan pejalan-pejalan kaki lumpuh. Teman-teman di sekitar kawasan blok baru ada mendakwa air hingga di paras betis. Mereka terkandas. Hingga tiga kelas pada hari ini terpaksa dibatalkan atas permintaan. UniSZA banjir.
Udara dingin. Musim yang ganjil. Ibarat musim tengkujuh. Longkang besar seperti mahu pecah. Air melimpah-limpah dan makin laju, berlumba-lumba mengalir. Laluan masuk di Lorong Suci retak. Terhakis dek kuasa air.
Baru-baru ini juga sekampus riuh kerana kisah seekor ular sawa. Wah. Sangat geli. Ular sawa itu ditemui di dalam longkang, badannya berbelit-belit, bersisik. Panjang. Juga boleh tahan besarnya. Cerita teman-teman, sang ular memang gemar bersiar-siar pada waktu hujan. Benarkah? Rasa takut makin bertingkat-tingkat.
Dagu ralit bertongkat. Sambil termenung, mata layu berkedip-kedip. Otak ligat berfikir. Bilakah suria akan muncul? Senyap. Tiada jawapan. Aturan Tuhan, siapakah yang tahu? Hanya mampu berharap.
Lebih seronok bermain dengan hujan berbanding berjabat tangan di tengah terik mentari. Kadang, lebih suka bersiar-siar dengan sinaran berbanding menatap alam yang kelam. Apa-apa pun jua keadaan cuaca, ciptaan Allah indah belaka. Jadi, harus bersyukur.
Hargailah waktu hujan, sebagai pengubat lukanya awan.

Salam.
No comments:
Post a Comment