Derai air yang menitik, mungkin nilainya lebih dari seribu. Ketika hujan, jumlahnya tidak terbilang, pun tidak mampu untuk dibilang sebenarnya.
Alangkah indah, jika kenangan itu dapat diingat semuanya. Segala memori pada setiap saat, indahnya jika boleh dikenang semula. Tidak cukup seribu, aku mahu lebih.
Hari ini, kerana kecewa tidak juga cukup seribu pp, aku sedikit resah. Tapi, tidak mengapalah. Rezeki Allah Maha Luas. Katanya, "Never let our hope and fear kill us. Just use it tomotivate us. There must have a way."
Masa berbaki seminggu.
Salam.
No comments:
Post a Comment