YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Thursday, September 12, 2013

SEBULAN LAGI SETAHUN

Assalamualaikum...

Mata memang mahu tutup. Tapi dia yang sekejap kepanasan dan sekejap kesejukan buat tidurku dalam bangun. Kasihan Adam. Adam demam.

Pukul 4.30 pagi tadi kami bergegas ke Pusat Perubatan Intan apabila suhu badannya sudah capai 39 darjah. Paracetamol yang aku guna macam tak beri kesan pada Adam. Mujurlah masa jumpa doktor suhunya turun sedikit ke 38. Pagi tadi dia aku tinggalkan dengan sisa air mata di wajahnya. Matanya layu mengantuk tapi tetap tidak tidur.

Sabarlah sayang. Adam nak jadi besar jadi kena kuat lawan demam, k?

Anak-anak permata hati. Biarlah ibu korban masa tidur ini untuk jaga Adam sebab degup jantung Adam sama dengan degup jantung ibu. Bila Adam sakit, ibu dan ayah juga sakit. Tapi Adam mesti janji, jadi anak yang soleh. Mesti taat pada Allah dan Rasulullah. 

Hiduplah dengan saling menghargai. Anak-anak, sayangi ibu ayahmu sebagaimana ibu dan ayahmu mengasihimu sewaktu kamu kecil.

Tiba-tiba teringat kata-kata Bonda yang suatu masa pernah menikam di dada.

"Bila Ain dah jadi ibu baru Ain rasa apa yang seorang ibu rasa".

Ya Allah. Gentar jiwa.  

Alhamdulillah, sebulan lagi setahun.

Ibu mahu cepat-cepat pulang hari ini supaya dapat peluk cium Adam!
Salam.

No comments:

Post a Comment