Ya Allah.
Selama berbulan-bulan tidak menulis, hati ini rasa seperti disumpah rindu. Asyik teringat-ingat. Tapi jari ini tetap juga liat untuk bergerak, tidak mahu menaip aturan bicara dari hati walau minda selalu bercerita sendiri.
Jahat betul virus malas ni!
Mendengar cerita rakan-rakan senior sudah boleh ''posting" memang buat aku gerun. Kerjaya ini sudah final. Tempoh latihan hanya berbaki kurang 3 bulan bagi tahun ini.
Jadi guru buat aku jadi lebih sabar. Alhamdulillah. Kadang-kadang tak sampai hati nak marah anak-anak yang comel ni walaupun mereka memang buat salah. Anak-anak kecil bukan orang dewasa! Cara mahu mendidik dan menegur mereka jauh lebih bisa kerana ajaran itulah yang menjadi bekal untuk mereka pada masa akan datang.
Secebis kenangan, anak-anak ini sangat aku sayang.
Setiap kali pandang mereka, wajib aku berangan nak dapat anak kembar.
p/s : Doakan!
Suara rindu ini aku zahirkan dari hati.
Salam.
No comments:
Post a Comment