YOU ALWAYS BURN MY SPIRIT

Sunday, November 21, 2010

GEMURUH

Assalamualaikum...

Wah. Aku gemuruh. Peperiksaan memang merunsingkan kepala. Sepanjang peperiksaan akhir, peperiksaan kali ini paling berat aku berasa bebannya. Sungguh penat mencuri semangat daripada insan-insan lain. Kasihan mereka, sungguh-sungguh hampir hilang semangat untuk memberikan semangat kepadaku. Oh, terima kasih!

Aku mula membina kekuatan. Setelah aku 'korbankan' subjek pertama, barulah mata mahu celik. Memang sakit melihat teman-teman lain tekun menulis sedangkan aku terkapai-kapai dalam imaginasi, masih lagi diulit mimpi. Parah!

Bibir benar-benar pandai menipu tatkala mengukir senyum padahal hati penuh gelora cuba mententeramkan perasaan gemuruh. Yakin mencerminkan peribadi. Cemburu. Aku juga mahu berjaya.

Aku tidak mahu lagi dikuasi oleh sang gemuruh. Kaki mesti kuat berdiri. Mesti juga gagah melawan tidak kira apa-apa jua cabarannya nanti. Akhirnya, aku sudah punya hati untuk studi. Syukur Lillah..

-GUD LUCK teman-teman, sayang disayang-


Selesai. Mahu makan tengah hari. Lepas ni ulang kaji. InsyaAllah.

Salam


No comments:

Post a Comment